Penerimaan Anugerah Baden Powell/Baden Powell Award 2014


...Assalamualaikum...
...Salam Pengakap!!...

Ucapan TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Anugerah Baden Powell yang telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. KLKM UTHM telah menghantar seramai 19 orang penyertaan untuk diuji dan dinilai bagi kelayakan menyandang Anugerah Baden Powell ini. 

Alhamdulilllah, kesemua ahli KLKM UTHM telah berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat penganugerahan ini. 

Ucapan setinggi-tingi terima kasih harus diberikan kepada para pemimpin KLKM UTHM yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan yang padu kepada kami. Pujian juga turut diberikan kepada para pemimpin kami kerana mereka tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa sabar mengajar kami dalam apa jua situasi. 

TERIMA KASIH, tuan-tuan. Jasa kalian akan kami kenang.

Buat rakan-rakan seperjuangan, TAHNIAH di atas kejayaan kita bersama. Semoga penganugerahan ini dapat menaikkan lagi semangat dalam kepengakapan.

"Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap"
With Forever Love - KLKMUTHM

Di sini disediakan berapa bingkisan gambar untuk tatapan semua sepanjang program berlangsung.

Pendaftaran ahli KLKM UTHM di meja urusetia.
Calon-calon diuji oleh penguji BPA.


Sesi lawatan ke rumah warga emas.
Para penerima anugerah dari KLKM UTHM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Baden Powell.

This entry was posted on Saturday 13 December 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply