MISI BANTUAN BANJIR DI POGOH,SEGAMAT & PENGAMBILAN LENCANA PERKHIDMATAN

Pada 20 Februari 2011 yang lalu pihak UTHM telah menghantar beberapa wakil bagi melaksanakan misi bantuan banjir di Kg.Sg. Chodan, Pogoh, Segamat.Tujuan misi bantuan ini diadakan bagi membantu mangsa-mangsa yang ditimpa banjir lumpur. Antara yang terlibat dalam misi bantuan ini adalah ahli kelab kelanasiswa UTHM dan turut disertai oleh ahli ko-kurikulum pengakap Kelana UTHM, PALAPES dan pelajar-pelajar di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTHM.

Tentatif Program:

7.30 a.m - Berkumpul di depan bangunan Hal Ehwal Pelajar dan sesi taklimat bersama Pen. Pesurujaya KLKM UTHM,En. Hanafi.

8.30 a.m - Bertolak dari kampus induk UTHM

10.30 a.m - Tiba di Kg. Sg Chodan setelah 2 jam perjalanan. Taklimat oleh pegawai yang bertugas mengenai aktiviti dan kerja-kerja pembersihan kawasan yang perlu dilakukan.

11.00 a.m - Menuju ke rumah mangsa-mangsa banjir dan memulakan aktiviti. Terdapat dua buah balairaya dan empat buah rumah yang terlibat.

2.30 p.m - Berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zohor.

5.00 p.m - Kerja-kerja pembersihan kawasan yang selesai.

5.45 p.m - Bertolak pulang ke UTHM.

Program misi bantuan banjir ini juga membolehkan peserta Kelana UTHM mendapat lencana wajib iaitu lencana Perkhidmatan setelah melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat secara berpasukan seminima enam jam. Lencana ini akan dianugerahkan kepada ahli kelana, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.

SEBELUM PERJALANAN

Berkumpul di depan bangunan Hal Ehwal Pelajar untuk mendengar taklimat awal program daripada pengiring misi bantuan ini iaitu En. Hanafi serta pembahagian makanan kepada semua sukarelawan yang terlibat.

SETELAH TIBA DI KG.SG CHODAN

Pegawai yang bertugas memberikan sedikit taklimat berkenaan kerja-kerja bantuan yang perlu dilakukan. Beliau juga menceritakan serba sedikit mengenai latarbelakang kampung ini.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Kami semua ditugaskan untuk membantu membersihkan persekitaran kawasan yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membantu tuan rumah membersihkan kawasan persekitaran rumah dan balairaya, mencuci,bahagian luar rumah, mengasingkan barang-barang keperluan yang masih boleh digunapakai, membasuh pakaian serta pinggan mangkuk.




BERGAMBAR KENANGAN SETELAH MISI MEMBANTU MANGSA SELESAI






"Kita tidak pernah gagal ketika kita cuba untuk melakukan tugas kita, kita selalu gagal ketika kita lalai melakukannya.
Sir Lord Baden Powell MyEm0.Com

This entry was posted on Friday, 25 February 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply