SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA

BAHAGIAN SATU (LENCANA WAJIB) 
LENCANA KEMAHIRAN: 


Lencana ini dianuerahkan kepada ahli Kelana, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, project perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.

A. BERKHEMAH 
~ Pengetahuan dalam pengurusan dan pertadbiran di campsite.
~ Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
~ Pemilihan tempat, tapak, susunan peralatan dan makanan.
~ Mengetahui jenis-jenis khemah dah cara mendirikannya.
~ Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya.
~ Aktiviti dan program perkhemahan.
~ Kesihatan dan kebersihan.
~ Aturan penutupan khemah. 
~ Berkemah seminima 10 malam dan sediakan log perkhemahan.
~ Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan

B. PROJEK PERINTIS 
1. Membuat salah satu projek berikut: 
~ Jambatan.
~ Lain-lain. (Merangkumi projek perintis selain yang dinyatakan)

2. Menyediakan model bagi projek yang dibuat.

3. Menyatakan dan memahami tugas kuatermaster yang mengatur semua bahan projek agar ia berada dalam keadaan teratur,kemas dan selamat. 

C. KAWAD 
Mengetahui tatacara dan hukum kawad 
~ Kawad kaki pengakap. 
~ Kawad tongkat pengakap.
~ Mengetahui segala pengetahuan berkawad dan segala syarat untuk menjadi seorang ketua kawad. 

D. ORIENTERING 
~ Mengetahui asas orientering dan dapat mengaplikasikannya dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti. 

E. IKHTIAR HIDUP 
~ Mengetahui asas ikhtiar hidup dan mengaplikasikannya dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti. 


F. PENGANGARAN 
~ Mengetahui sistem pengangaran dan mengaplikasikannya dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti.


LENCANA PERKHIDMATAN 


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan


A. BANTUAN MULA

1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diperakui oleh mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah dan mengikuti mana-mana latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangkamasa tertentu.

2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berikut:

~ Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan

~ Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya

~ Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh

~ Mengetahui jenis-jenis luka dan balutan serta memberhentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga

~ Mengetahui cara merawat gigitan serangga,binatang kecil dan binatang berbisa

~ Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan,bahan kimia dan lain-lain

~ Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula untuk 
permasalahan berkaitan pernafasan

~ Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan

~ Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang tercedera

~ Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya. 


B. KEBAJIKAN AM
Menganjurkan satu projek khidmat masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat

DAN minima SATU dari bahagian C dan D 

C. PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 
Melakukan projek seperti: 
~ Kempen kebersihan alam sekitar
~ Kempen kitar semula
~ Kempen kawasan angkat krew

D. KEBAJIKAN

~ Menjalankan projek bantuan yang disampaikan kepada mangsa bencana alam.

~ Menjalankan projek anak angkat krew pengakap kelana sama ada kepada kumpulan-kumpulan pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan. 

~ Menderma darah seminima 3 kali kepada hospital kerajaan atau pusat darah negara serta mempunyai rekod yang sah.

~ Menjalankan perkhidmatan di rumah-rumah kebajikan.


LENCANA PENGEMBARAAN


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut

A. PENGEMBARAAN 
Menjalankan salah 
SATU daripada pilihan berikut: 

~ Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam minima 2 malam)

~ Berdayung sampan/berkayak/rakit sejauh 30km 
(masa bermalam minima 2 malam) 

~ Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam minima 2 malam) 

~ Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam minima 2 malam)

~ Berkereta sejauh 800km(masa bermalam minima 2 malam) 

~ Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam minima 2 malam)


B. LAPORAN PENGEMBARAAN 

~ Menyediakan log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini dan dilengkapi dengan bantuan gambar, lakaran, peta dan rakaman video (sekiranya ada)

~ Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta dan diserahkan bersama log pengembaraan.

C. PERSEDIAAN PERJALANAN 

1. Membuat perancangan terlebih dahulu sebelum ke destinasi 

2. Tempat-tempat bersejarah dan rekreasi, perusahaan kampung dan penempatan sekeliling dimasukkan dalam log pengembaraan 

3. Merancang pengembaraan yang dipersetujui oleh ketua krew 

4. Mengetahui cara menyediakan buku log

~ Tarikh, masa dan tempat 

~ Peta pengembaraan 

~ Rekod temu ramah,kajian,pendapat 

~ Projek (dengan masyarakat sekeliling) 

~ Cetusan rasa pengalaman dalam bentuk gambar, video, lukisan dan sebagainya. 

~ Langkah keselamatan diutamakan.

D. PERINGATAN 

1. Calon boleh melaksanakan dengan di dalam satu krew di antara 2-4 orang dan perlu memaklumkan pengembaraan kepada Persuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa. 

2. Calon perlu menjaga imej pengakap dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat 


E. KAJI CUACA 

1. Calon mestilah mencatat kajian cuaca disepanjang pengembaraan dari segi bacaan suhu, ketinggian, jenis awan dan lain-lain.


BAHAGIAN DUA (1 LENCANA PILIHAN) 
LENCANA KEPIMPINAN 


Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan progam seperti kursus, seminar, Bengkel ,Campfire Night. 

Menjalankan salah SATU daripada perkara-perkara berikut :

A. KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat ll 

B. PENGURUSAN ACARA 
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah Perhimpunan Kelana,Forum,Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain

C. KURSUS PEMANTAPAN 
Menghadiri kursus permantapan dan kecermerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain

D. KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM
Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikas yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.

E. PENTADBIRAN 
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana Persatuan yang diiktiraf dan sah dari undang-undang.

F. ANUGERAH KEPIMPINAN
Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya: Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain


LENCANA ICT


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihat tahap tertinggi dalam teknologo komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa 

Menjalankan salah SATU daripada perkara-perkara berikut:

A. TEKNOLOGI MAKLUMAT 
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i. Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputer

ii. Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat

iii. Menyediakan sebuah persembahan/ laporan/ log yang sesuai dengan menggunakan perisian-persian berikut:
• Window, Linux, Macintosh
• Microsoft Word, Excel, Power Point

iv. Menghasilkan sebuah persembahan multimedia

v. Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan 

B. KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN 
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: 

i. Mengirim berita menggunakan Kod Morse(lampur / buzzer) dengan kelajuan seminima 15 perkataan seminit

ii. Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 15 perkataan seminit

iii. Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komuikasi dan Multimedia Malaysia( SKMM)


C. PERHUBUNGAN ANTARABANGSA 

~ Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktivti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktivii yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa


LENCANA EKSTREM


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit and aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.

Telah melibatkan diri seminima TIGA KALI di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstream di bawah:

~ Mendaki Gunung
~ Menyelam Skuba
~ Berakit di Air Deras
~ Eksplorasi Gua
~ Wall/ Rock Climbing
~ Paintball dan Sukan sukan Ekstrem yang lain 
~ Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem


LENCANA PENYELAMAT NYAWA


Lencana ini dianuerahkan kepada ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran,dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhimatan penyelemat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup

Memilik salah SATU daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan:

~ Outdoor Survival
~ Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance)
~ Bronze Cross 
~ Pengurusa Risiko (Risk Management Couse)


LENCANA KEUSAHAWANAN


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan

Menjalankan salah SATU daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan

~ Penternakan
~ Perikanan
~ Pertanian/ Perladangan
~ Perniagaan


ANUGERAH B-P 



~ Setelah seseorang Pengakap Kelana itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat lencana-lencana Pengakap Kelana iaitu Lencana Wajib dan Lencana Pilihan , Pengakap Kelana itu akan dianuerahkan ANUGERAH BP

~ Untuk mendapatkan ANUGERAH BP ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja

~ Borang Pencalonan ANUGERAH BP akan disediakan oleh pihak ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

~ Sijil dan ANUGERAH BP ini akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

This entry was posted on Monday, 14 February 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply