PROGRAM MINGGU HALUAN SISWA (MHS) DIPLOMA 2013/2014

Salam Pengakap! Salam 1 Malaysia!

Pada 2 Jun 2013 hinggalah 7 Jun 2013, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Program Minggu Haluan Siswa (MHS) Diploma 2013/2014. Seramai 510 orang mahasiswa dan mahasiswi baharu telah mendaftarkan diri untuk menempuh alam universiti di UTHM. Masih belum terlambat sekiranya krew KLKM UTHM mengucapkan TAHNIAH kepada mahasiswa dan mahasiswi diploma baharu kerana berjaya mendapat tawaran di UTHM.

Tambahan lagi, program ini juga telah dijayakan  oleh 150 orang pembantu MHS yang terdiri dalam kalangan pelajar kanan diploma dan ijazah. Sebahagian krew KLKM UTHM juga berjaya melepasi temu duga untuk menjadi pembantu MHS pada kali ini. Ketua Krew KLKM UTHM iaitu Saudara Mohd Sofie Ag Basrih juga menjadi Timbalan Pengarah Program 1 dalam Program  MHS ini. Sememangnya krew KLKM UTHM amat menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi baharu ini ditempatkan di 3 buah kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN), Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF) dan Kolej Kediaman KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi Mara). Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti berikut :

2 Jun 2013, Ahad
  • Pendaftaran Kolej Kediaman
  • Taklimat Pengetua Kolej Kediaman
  • LDK 1

3 Jun 2013, Isnin
  • Pendaftaran Program Pelajar Baharu
  • Bersama TNC (A & A) / Taklimat Peraturan Akademik
  • Bersama TNC (HEPA)

4 Jun 2013, Selasa
  • Program Starting School
  • Bersama Pusat Islam / Bersama MPP

5 Jun 2013, Rabu
  • Taklimat PTM, PKU, Perpustakaan, CAD
  • Taklimat Pusat Pengajian Diploma (PPD)
  • Bersama Penasihat Akademik (PA)
  • Taklimat Kokurikulum / Pakaian Uniform

6 Jun 2013, Khamis
  • Taklimat Pej. Bendahari, Kebajikan Pelajar, Tatatertib, Keselamatan
  • Bersama Kepimpinan Universiti
  • Taklimat PTPTN
  • LDK 2

7 Jun 2013, Jumaat

  • Senamrobik Pelajar Bersama PPD dan Larian Kampus
  • Motivasi Bersama Ikon Muda
  • Majlis Penutup dan Malam Warisan Bangsa
Antara aktiviti yang dilakukan dalam LDK.


Sesi bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Senamrobik di pagi hari.


Larian Kampus dilakukan dengan penuh semangat.


Sesi Motivasi Bersama Ikon Muda iaitu Diana Amir.


Malam Warisan Bangsa.


Antara pelajar yang berjaya menerima
tawaran menyambung pelajaran di UTHM.


Pembantu MHS Diploma 2013/2014.


Sebelum mengundurkan diri, Krew KLKM UTHM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mahasiswa dan mahasiswi diploma baharu kemasukan Jun 2013/2014. ‘Dengan Hikmah Kita Meneroka’, sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih.























































                                                       





























This entry was posted on Saturday 15 June 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply