IMBASAN PROGRAM ANJURAN KLKM UTHM SEPANJANG TAHUN 2013

...Assalamualaikum...
...Salam Pengakap...

Entri pada kali ini ialah kami akan mengimbas kembali program dan aktiviti yang telah KLKM UTHM anjurkan sepanjang tahun 2013. Antara program yang telah KLKM UTHM laksanakan dengan jayanya adalah seperti berikut :

PROGRAM BAKTI SISWA ‘INTEGRATED SURVIVAL CAMP’
12, 13 dan 14 April 2013
Masjid UTHM dan Padang Kawad UTHM

Sesi pendaftaran peserta dari SK Parit Jelutong selepas solat Jumaat.
Para peserta mendengar taklimat program yang disampaikan oleh fasilitator.
Para peserta diajar salah satu kemahiran pengakap dalam aktiviti 'explorace'.
Wah, seronoknya adik-adik di Malam Kebudayaan!
Adik-adik SK Parit Jelutong yang memang AWESOME.



PROGRAM LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS 2013
11 Mei 2013
D'Dilla Resthouse Chalet & Camping Sungai Balang, Muar

Sarjan Abdul Rashid daripada JPAM memberi tunjuk ajar
berkenaan teknik membantu mangsa tercekik.
Ahli JPAM memberi tunjuk ajar untuk melakukan CPR kepada para peserta.
Para peserta masih kekal tersenyum dan tidak mengenal erti penat
walaupun dalam ekpedisi.
Cabaran masakan rimba disahut oleh para peserta.
Antara juri berkaliber bagi akitiviti masakan rimba.
Kek ini khas untuk para peserta yang menyambut ulang tahun
mereka pada Malam Kebudayaan. 'Scouts Forever'.


PROGRAM BAKTI ROVERING TO SUCCESS  (ROTOS 3) 
25, 26 dan 27 Oktober 2013
D'Impian Resort & Training Centre, Muar

Kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta ROTOS 3
 dalam cabaran masakan rimba.
Sebahagian AJK program dan senior KLKM UTHM bergambar
 bersama Prof. Madya Dr. Mustaffa Bin Haji Ibrahim,
Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM.

Keluarga baharu KLKM UTHM. Tahniah geng.
Keikhlasan, kegembiraan dan keceriaan bersama
 keluarga besar KLKM UTHM. 
Alhamdulillah, segala pahit manis sepanjang tahun 2013 dapat diharungi dengan lancarnya. Semoga pada tahun 2014 ini Allah mempermudahkan segala urusan kita. Semoga juga nama KLKM UTHM sentiasa berada di persada pengakap negeri, negara dan dunia. LUASKAN KUASAMU KLKM UTHM.

Nantikan 'update' seterusnya berkenaan pelbagai program yang telah disertai oleh KLKM UTHM sepanjang tahun 2013. 

This entry was posted on Friday 24 January 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “IMBASAN PROGRAM ANJURAN KLKM UTHM SEPANJANG TAHUN 2013”

  1. Terimakasih Artikel IMBASAN PROGRAM ANJURAN KLKM UTHM SEPANJANG TAHUN 2013 nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Kue Kelapa

    ReplyDelete