SELAMAT TAHUN BARU 2014


...Assalamualaikum...
...Salam Pengakap...


Tinggal beberapa jam sahaja lagi Malaysia bakal menyambut Tahun Baru 2014. Diharapkan sisa-sisa tahun 2013 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga pada tahun 2014 nanti kita menjadi seorang insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Mana yang kurang, mana yang salah, kita cuba perbaiki dan kita pertingkatkan kualiti serta mutunya. Tak salahkan kalau kita menjadi yang lebih baik mahupun menjadi yang terbaik? Ohhh, kami juga ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang sedang menjalani Peperiksaan Akhir, semoga semuanya berjalan lancar dan kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Bittaufiq wannajah!! Ganbatte!! Chaiyok!! Fighting!! Akhir kata daripada kami KLKM UTHM mendoakan yang terbaik untuk semua dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan yang mendatang. SeKaLi BerPeNgaKap, SeLaMaNya BerPeNgaKap

STAY WITH US KLKM UTHM :-)



This entry was posted on Tuesday 31 December 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply