PROGRAM INTEGRATED SURVIVAL CAMP


Salam Pengakap! Salam 1 Malaysia!

Entri pada kali ini ialah berkenaan dengan Program Integrated Survival Camp telah dijalankan pada 12, 13 & 14 April 2013 oleh KLKM UTHM dengan kerjasama SK Jelutung. Program ini dijalankan di sekitar kawasan Padang Kawad dan Masjid UTHM. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengarah Program iaitu Saudara Fauzan Syafiq, Timbalan Pengarah Program iaitu Saudara Muzhafar Aizuddin dan semua ahli jawatankuasa program yang terlibat. Hal ini kerana program ini telah mendapat sambutan hangat oleh para guru dan adik-adik SK Jelutung.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini.

Jumaat, 12 April 2013
  • Pendaftaran peserta bermula seawal jam 3 petang.
  • Peserta diberikan taklimat aturcara program oleh Saudara Sofie Basrih.
  •  Peserta mendirikan khemah dengan bantuan ahli jawatankuasa program.
  • Motivasi bersama Ustaz Aziz selepas solat Maghrib.
  • Ice Breaking.
Pendaftaran para peserta SK Jelutung.
Para peserta mendengar taklimat aturcara program.
Para peserta mula memasang khemah masing-masing.
Ice Breaking dilakukan mengikut kumpulan.

Sabtu, 13 April 2013
  • Peserta menyertai ekspedisi di sekitar UTHM.
  • Para peserta juga didedahkan dengan aktiviti Masakan Rimba. 
  • Peserta diberi peluang untuk memasuki Perpustakaan UTHM.
  • Selepas solat Asar, ‘Kampung Game War’ pula dijalankan.
  •  Malam Pengakap ini menonjolkan sifat keberanian dan kreativiti peserta.

Ekspedisi di Checkpoint Deria Pandang.
Para peserta diajar salah satu kemahiran dalam pengakap.
Main tepung ke tu?? :)
Aktiviti santai melawat Perpustakaan UTHM.
Bersemangatnya adik-adik ini.
Seronoknya main tepung kan?? :)
Antara krew KLKM UTHM yang menjayakan program ini.
Hebat tau adik-adik ni, pandai berlakon.
Ahad, 14 April 2013

  • Selepas solat Subuh, Water War UTHM vs SK Jelutung dijalankan di antara ahli jawatankuasa program dan adik-adik SK Jelutung.
  • Gotong-royong membersihkan sekitar tapak perkhemahan
  • Majlis perasmian dan penutup yang dihadiri oleh Tuan Abu Khan Bin Misran.
  • Sesi bergambar bersama tetamu VIP dan adik-adik SK Jelutung.
  • Makan time sebelum bersurai.

Senyummmmm semua.. :)
Inilah Pengarah Program dan Timbalannya yang sangat cool. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

This entry was posted on Monday 10 June 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply