PROGRAM KEM KEMAHIRAN LUAR KOKURIKULUM 2013

PROGRAM KEM KEMAHIRAN LUAR KOKURIKULUM 2013
KELAB PENGAKAP KELANASISWA UTHM
                                   
Tarikh                         :           11 -12 Mei 2013
Tempat                       :           D’Dilla Resthouse Chalet & Camping
Jumlah Peserta            :           30 orang
Jumlah AJK                :           11 orang
Pegawai Pengiring       :           4 orang


            Pada 11-12 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu dan Ahad yang lalu, Kelab Pengakap Kelanasiswa UTHM dengan kerjasama pelajar-pelajar ijazah  sarjana muda di bawah kelolaan Kokurikulum Kelanasiswa telah mengadakan Program Latihan Pertolongan Cemas bertempat di D’Dilla Resthouse Chalet & Camping, Sungai Balang, Muar, Johor. Program ini disertai oleh 46 orang peserta dan 4 orang pegawai pengiring. Program ini telah diiringi oleh empat orang pengiring iaitu Pesuruhjaya KLKM Daerah UTHM, Professor Madya Dr. Haji Mustaffa bin Haji Ibrahim dan Penolong Pesuruhjaya KLKM Daerah UTHM iaitu En Hanafi bin Omar, En.Norasri Bin Ismail dan En Abdul Hadi bin Mohamed Zainal. Program seperti ini telah banyak memberi impak positif malah melatih kami dalam melaksanakan program di luar kawasan UTHM malah dapat memberi manfaat pada masa akan datang.


Program Latihan Pertolongan Cemas ini diadakan bagi melahirkan pelajar yang mampu bertindak tanpa rasa ragu dalam apa jua situasi sekalipun. Program ini juga membantu dalam membentuk generasi pelajar yang berpengetahuan dalam aktiviti penyelamatan ketika berlaku kecemasan. Selain itu, dengan bimbingan tenaga pengajar dari wakil jurulatih SISPA, pelajar juga dapat mengetahui teknik-teknik dalam pertolongan cemas malah mempraktikkannya dalam program ini. Dari apa yang dipelajari, sifat positif seperti berdisiplin dan bertanggungjawab dapat dipupuk malah sifat kerjasama dalam suatu kumpulan kecil mahupun organisasi dapat diutuhkan melalui praktikal yang dijalankan.

Seawal jam 7.30 pagi Sabtu, para peserta sudah berkumpul di Dataran Anggerik, DTII UTHM untuk menaiki bas ke tempat program dijalankan. Pada pukul 8.30 pagi, bas sudah memulakan perjalanan ke D’Dilla Resthouse, Chalet & Camping di Sg Balang Muar. Pada pukul 10.00 pagi, kami sudah sampai ke destinasi yang di tuju. Sementara menunggu kehadiran para jurulatih dari SISPA UTHM, kami melakukan aktivit bergotong-royong membersihkan tapak dan dewan aktiviti yang disediakan seterusnya menjamu sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak chalet. Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi, yang dipengerusikan oleh Fatin Naiemah binti Khairulanuar. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami berhenti seketika untuk menjamu makan tengah hari dan bersiap untuk menunaikan solat fardhu Zohor.

Seawal jam 2.30 petang, para ahli kelab sudah bersiap untuk meneruskan agenda program tersebut dengan melakukan praktikal. Kami dibahagikan kepada dua pecahan kumpulan. Kumpulan pertama telah didedahkan dengan praktikal mengenai CPR yang dibantu oleh pembantu-pembantu jurulatih. Satu kumpulan lagi didedahkan pula dengan balutan luka di antaranya luka di kepala,tangan dan kaki. Sesi yang pertama dijalankan selama sejam dan pertukaran bermula kumpulan pengajaran bertukar pada tepat pukul 3.30 petang.



Program bersama SISPA ini tamat pada pukul 4.30 petang, kami bersama jurulatih dan pembantu-pembantu SISPA menjamu santapan petang yang disediakan oleh pihak chalet. Setelah selesai santapan petang, kami bersama-sama menunaikan solat fardhu Asar dan bersiap sedia menjalani aktiviti seterusnya iaitu masakan rimba.
Pada pukul 5.45 petang, peserta-peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk aktiviti masakan rimba. Setiap kumpulan diberi sedikit tepung gandum, sebiji bawang, dan 2 biji telur. Para peserta dikehendaki memasak bahan-bahan tersebut dengan kreativiti sendiri. Para peserta menghidupkan api sendiri dan mengutip ranting-ranting kayu disekitar bagi tujuan memasak. Selain itu, setiap kumpulan diberi sebiji kelapa untuk dihias dan di reka bentuk menjadi barang mandat dalam aktiviti seterusnya iaitu ekspidisi. Aktiviti masakan rimba tamat sekitar jam 7.00 malam.
Pada pukul 7.00 malam, para peserta bersedia untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat fadhu maghrib, pada pukul 8.00 malam, para peserta dapat menikmati makan malam bermenukan makanan ‘barbeque’. Setiap kali tiba waktu makan, para peserta akan makan menggunakan dulang, dari sini hubungan ukhuwah dapat dieratkan lagi. Setelah itu, peserta-peserta akan bergotong-royong mencuci dulang dan gelas yang diguna ketika makan. Sesudah makan malam, solat fadhu isyak berjemaah dilaksanakan.
Pada pukul 9.00 malam, aktivit malam pengakap diteruskan. Setiap kumpulan sudah ditugaskan membuat persembahan pada malam tesebut. Setiap kumpulan mempunyai persembahan sendiri termasuklah menyanyi dan sebagainya. Pemilihan ahli kumpulan adalah di buat secara rawak untuk membuat persembahan. Selepas tamat malam pengakap, para peserta, bersiap sedia untuk tidur kerana aktiviti pada keesokan hari akan bermula pada awal pagi.
Pada jam 4.00 pagi hari ahad, para peserta dikejutkan bangun pagi untuk bersiap sedia menjalani aktiviti ekspidisi. Aktiviti ekspidisi dijalankan memngikut kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kayu dan air mineral. Kumpulan dilepaskan berjalan satu persatu selepas 15 minit. Di dalam ekspidisi, terdapat tugasan yang perlu ahli kumpulan lakukan sebelum sampai ke checkpoint seterusnya. Para peserta akan berhenti solat di surau berdekatan ketika ekspidisi iaitu pada checkpoint ke 3. Setelah selesai solat, setiap kumpulan meneruskan perjalanan ke kolam air panas, Gersik.
Sekitar jam 8.00 pagi, para peserta sampai di kolam air panas, Gersik. Para peserta bebas untuk mandi air panas sementara menunggu makanan pagi sampai. Pada jam 8.30 pagi, makanan tiba dan para peserta menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan pulang. Setiap kumpulan dilepaskan berjalan kaki satu persatu dengan jarak 15 minit.
Para peserta di tapak perkhemahan pada pukul 10.00 pagi. Masing-masing bersiap membersihkan diri dan mengemas diri sebelum menghadiri majlis penutup. Majilis penutup bermula pada jam 12 tengah hari dengan kehadiran Pesuruhjaya KLKM Daerah UTHM, Professor Madya Dr. Haji Mustaffa bin Haji Ibrahim dan Penolong Pesuruhjaya KLKM Daerah UTHM iaitu En Hanafi bin Omar, En.Norasri Bin Ismail dan En Abdul Hadi bin Mohamed Zainal sebagai VIP. Majlis penutup dipengerusikan oleh Fatin Naiemah binti Khairulanuar. Majlis penutup tamat pada jam 1.00 tengahari dan VIP dijemput makan tengahari bersama.
Sebelum berangkat pulang, semua peserta berkumpul untuk menunaikan solat fadhu Zohor dan setelah selesai solat, para peserta bergotong-royong melakukan khidmat masyarakat membersihkan kawasan sekitar perkhemahan. Khemah-khemah dibersihkan, dewan juga dikemaskan serta bilik-bilik air dicuci. Aktivit khidmat masyarakat ini selesai pada pukul 2.30 petang dan peserta bersedia menunggu bas untuk pulang. Pada pukul 3.00 petang, peserta-peserta sampai ke UTHM dan mereka berangkat pulang ke kolej kediaman masing-masing.


                                                      



 Sesi Ceramah Dijalankan




 Ketika Ceramah Berlangsung dan Sesi Praktikal CPR Dijalankan



Sesi Praktikal Balutan Anduh




                                           Penyampaian Cenderahati Kepada pihak JPAM

                                                                           

This entry was posted on Monday 3 June 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply