2nd KLKM ROTOS Camp

Salam Pengakap!
Salam 1 Malaysia!

2nd KLKM ROTOS Camp kali ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan bertempat di Kg. Sungai Balang, Semerah, Muar. Kem ini dikendalikan oleh Muhammad Syarafuddin dan dibantu oleh senior-senior lain. 

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya kem tersebut. Seramai 20 orang ahli baru Pengakap Kelana Siswa telah mengambil bahagian dalam kem ROTOS pada kali ini.


Hari Pertama (Jumaat, 12 Oktober 2012)

  • Semua peserta diarahkan supaya mendirikan khemah masing-masing setelah sampai di lokasi kem tersebut.
  • Pada malam hari, majlis doa selamat diadakan untuk memastikan kelancaran program.
  • Seterusnya, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh En. Hanafi Omar berkenaan dengan tanggungjawab-tanggungjawab setiap jawatan dalam Pengakap Kelana Siswa.
  • Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diarahkan supaya membuat perbentangan mengenai aktiviti-aktiviti pengakap yang boleh dijalankan sepanjang tahun berikutnya.


Membuat pancang untuk tali ampaian


Membuat ampaian menggunakan tali

Susunan khemah yang didirikan oleh para peserta

Majlis doa selamat

Peserta perempuan semasa majlis doa selamat

Taklimat ringkas yang diberikan oleh En. Hanafi Omar

Perbincangan berkumpulan sebelum perbentangan dilakukan

Perbentangan daripada sebuah kumpulan



Hari Kedua (Sabtu, 13 Oktober 2012)

  • Para peserta diarahkan untuk berkumpul pada jam 4.00 pagi untuk persediaan sebelum ekspedisi berjalan kaki hampir 10 kilometer, iaitu pergi balik ke Kolam Air Panas Sungai Gersik.
  • Setiap kumpulan diberikan tugasan-tugasan tertentu dan dibekalkan barang-barang yang dijadikan amanah untuk dijaga sepanjang ekspedisi tersebut.
  • Setiap kumpulan dilepaskan selang beberapa minit setiap satu kumpulan untuk memulakan ekspedisi tersebut.
  • Apabila ekspedisi itu berakhir, setiap kumpulan diarahkan untuk menjalani aktiviti seterusnya iaitu 'Masakan Rimba'.
  • Setiap kumpulan dibekalkan bahan-bahan masakan dan diarahkan untuk memasak mengunakan semua bahan yang ada pada setiap kumpulan.
  • Seterusnya, aktiviti berkayak dijalankan pada petang hari tersebut.
  • Pada malam hari, aktiviti Malam Pengakap dan ujian-ujian untuk menjadi ahli Pengakap Kelana Siswa dijalankan.

Berkumpul sebelum memulakan ekspedisi berjalan kaki
 Perjalanan pulang ke tapak kem semasa eskpedisi berjalan kaki

Letih setelah sampai di lokasi seperti yang dinyatakan dalam tugasan

Para peserta diberi peluang untuk menikmati kolam air panas di situ

Salah seorang peserta memasak menggunakan buah kelapa

Para peserta melilit tepung yang telah diuli di batang buluh untuk dibuat roti

Para peserta membuat roti dengan membakarnya di atas api

Para peserta menyediakan tali daripada daun pisang

Aktiviti berkayak yang dijalankan

Para peserta dapat merasai pengalaman berkayak di Sungai Balang

Malam Pengakap dimulakan dengan membuat unggun api

Antara aktiviti semasa Malam Pengakap

Antara persembahan yang dilakukan oleh para peserta

Apabila ahli baru Pengakap Kelana Siswa melafazkan Persetian Pengakap

Majlis penyerahan epolet setelah ahli baru selesai menghadapi ujian

Majis ini menandakan bahawa seseorang itu telah menjadi ahli Pengakap Kelana Siswa



Hari Ketiga (Ahad, 14 Oktober 2012)

  • Mesyuarat Rasmi Pengakap Kelana Siswa dijalankan untuk membina semula organisasi supaya menjadi lebih teratur.
  • Majlis penutupan Kem ROTOS dan seterusnya gotong-royong untuk membersihkan tapak kem serta tapak perkhemahan dijalankan.

 Upacara penurunan bendera dijalankan oleh para peserta

Mesyuarat rasmi Pengakap Kelana Siswa

Mesyuarat rasmi ini dijalankan setelah selesai bersarapan

Makanan yang disediakan dihidangkan menggunakan daun pisang sebagai alas

"Once A Scout, Always A Scout"
..................................................................................................................

Sekian sahaja untuk kali ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta yang baru sahaja menjadi ahli Pengakap Kelana Siswa dan seterusnya menjayakan Kem ROTOS Kedua pada 2012 ini.





“The most worth-while thing is to try to put happiness into the lives of others.” 
-Sir Robert Baden-Powell-

This entry was posted on Saturday 17 November 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply