BP Award


MAJLIS ANUGERAH Baden-Powell (B-P Award) PERINGKAT KEBANGSAAN


Tarikh     : 30.9.2011 – 2.10.2011

Tempat   : Pusat Latihan Pengakap Negara,Balakong, Selangor

Bilangan Peserta    : 9 orang (KLKM UTHM)

Pegawai Pengiring : 1 orang


Pentarafan Anugerah Baden Powell peringkat kebangsaan merupakan pertama kali dilakukan. Anugerah ini diberikan kepada ahli pengakap kelana yang telah berjaya melengkapkan keempat-empat lencana dalam pengakap kelana dan  menyiapkan buku log.

Program berlangsung selama tiga hari dua malam pada 30.9.2011 sehingga 2.10.2011 di Pusat Latihan Pengakap Negara, Balakong Selangor.


Hari Pertama (Jumaat, 30 September 2011)
  • Seramai 9 orang peserta bersama seorang pemimpin, En.Abdul Hadi bin Mohd Zainal bertolak ke sana dengan menaiki bas UTHM pada jam 11.00 pagi dan tiba di Pusat Latihan Pengakap Negara pada pukul 3.30 petang.
  • Kemudian, sedikit taklimat diberikan berkenaan penginapan peserta dan sesi berkenalan antara peserta juga pegawai pentaraf.
  • Semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar bagi memudahkan pergerakan.
  • Peserta yang terlibat diberikan ujian pertama iaitu Ujian Kenegaraan yang menguji kefahaman tentang kenegaraan dan organisasi pengakap.
  • Ujian seterusnya ialah pengucapan awam yang dijalankan pada sebelah malam.
  • Pemarkahan setiap peserta dinilai bagi membolehkan mereka menerima anugerah selayaknya.


Hari Kedua (Sabtu, 1 Oktober 2011)
  • Pentaraf memberi tunjuk ajar bagaimana mempelajari istiadat pagi dan kawad kaki dengan betul.
  • Tugasan berkumpulan seramai 6 orang setiap kumpulan bagi melaksanakan tugasan berikutnya yang bertajuk program khidmat masyarakat.
  • Seterusnya, para peserta kembali kepada dua kumpulan besar dan diberikan tugasan berkenaan pengendalian suatu program mengikut cara seorang pengakap. Di dalam ujian ini, pemarkahan individu akan dinilai.
  • Pada sebelah petang, para peserta berkesempatan mendengar ceramah keselamatan dan ceramah radio amatur. Setiap peserta juga berpeluang mengggunakan alatan radio amatur. 
  • Taklimat oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohsin serta persediaan majlis pertauliahan BP Award yang akan diadakan pada keesokan harinya.

Istiadat Pagi


Kawad Kaki


Hari Terakhir (Jumaat, 2 Oktober 2011)
  • Menyambut kedatangan ketua Pengakap Negara dan rombongan dari APR. 
  • Kemudian, perbarisan diperiksa oleh Dato’ Seri Paduka Dr.Hj. Shafie Mohd Salleh sebelum masuk ke dewan. 
  • Majlis bermula dengan ucapan dari Ketua Pengakap Negara kemudiannya diikuti dengan penyampaian pingat jasa kepada beberapa orang yang terpilih.
  • Menerima anugerah Pentarafan Pengakap Kelana Anugerah Baden-Powell (B-P Award) yang disampaikan oleh Dato’ Seri Paduka Dr.Hj. Shafie Mohd Salleh.
  • Pembaharuan Persetiaan Pengakap.
  • Sesi berdialog dengan pihak APR.
  • Bertolak pulang pada pukul 5 petang dengan menaiki bas UTHM.
Pembaharuan Persetiaan Pengakap


Antara peserta Anugerah Baden Powell dari KLKM UTHM yang terlibat adalah : 


1. Saudara Arif Afendi Bin Abdullah


2. Saudara Sofiee Bin Abg Basrih


3.  Saudara Mohd Shukur Bin Mohd Nawawi


4. Saudara Mohd Fadhil Bin Uyub


5.  Saudara Mohd Muzammil Bin Mohd Pauzi 


6.  Saudara Mohd Harith Bin Hussin


7.  Saudara Mohd Amran Bin Arshad


8.  Saudara Ezuan Bin Suhaili


9.  Saudara Ahmad Sabran Bin Aziz


Akhir kata, sekalung TAHNIAH buat sembilan orang calon yang telah mendapat penganugerahan BP ini serta telah  mengharumkan lagi nama KLKM UTHM di peringkat IPT Malaysia.  Semoga ilmu kepengakapan yang mereka ada dapat dikongsi bersama.


Laporan asal disediakan oleh :

Saudara Mohd Shukur Bin Mohd Nawawi

Olahan Semula oleh :

Siti Liyana Aqila Binti A.Aziz
Pen. Divisyen ICT KLKM UTHM

This entry was posted on Saturday 8 October 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply