Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri KLKM 01/2011


Tarikh : 20 hb Mei 2011 (Jumaat)

Tempat : Bilik Persidangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Masa : 8.00 pagi.

Jadual Aturcara

Masa

   Perkara

8.00 pagi

Pendaftaran

8.30 pagi






Perasmian
-        Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri KLKM,
      Prof. Dato’ Dr. Tajuddin Bin Ninggal

-        Ucapan Perasmian YDP Majlis Pengakap Negeri KLKM,
      Tan Sri Dato’ Prof. Zulkifli Bin Abdul Razak

9.00 pagi
Mesyuarat bermula


- Ucapan Pengerusi / Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
- Mengesahkan Minit Mesyuarat lepas.
- Perkara Berbangkit.
- Kursus Manikayu 3A & 3B Pesuruhjaya / Penolong Pesuruhjaya IPT.
- Laporan Hinex Camp Ke-10 (IKBN Chembong)
- Laporan Kemajuan Hinex Camp Ke-11 (UTM Skudai)
- Pemilihan Tuan Rumah untuk Hinex Camp Ke-12 dan Ke-13.
- Pemilihan calon Ketua Pesuruhjaya KLKM.
- Penubuhan Majlis Ketua Krew KLKM
- Lain-lain Hal 

Mesyuarat pada kali ini membincangkan berkenaan perancangan program dan aktiviti yang akan dilangsungkan pada masa akan datang. Antaranya ialah :
-HiNEX 2011 [UTM sebagai tuan rumah]
-HiNEX 2012 [UMT sebagai tuan rumah]
-HiNEX 2013 [USM sebagai tuan rumah]

Selain itu, mesyuarat ini juga di adakan bagi melantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM serta Ketua Krew Negeri KLKM yang baru.

 
Atas : Ahli Tertinggi mesyuarat.

 
Atas : Antara wakil dari KLKM IPTA/IPTS yang hadir.

Atas : Dr. Hj. Mustaffa b. Hj. Ibrahim - Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM
Atas : En. Abd Hadi Bin Mohamed Zainal - Pen. Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM

Atas dari kanan : En. Hanafi Bin Omar  - Pen. Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM

 
Atas : Antara wakil dari KLKM UTHM yang hadir mesyuarat.

 
Berdiri :  En. Hafiz Ariffin bertindak sebagai wakil 'speaker' daripada KLKM UTHM

 
Atas : Pengundian sedang dijalankan bagi melantik bakal Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM yang akan datang.

Kiri : Tahniah buat Dr. Abdul Rashid Bin Mohamad (KLKM USM) di atas perlantikan beliau 
sebagai bakal Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM yang akan datang.
Kanan : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM 2011 , Tn. Hj. Rosdi Bin Abd Rahman.

Setelah mesyuarat selesai, pihak KLKM USM telah menyediakan jamuan makan bagi menjamu para tetamu yang hadir.

Usai majlis makan tengahari, kami dari KLKM UTHM berkumpul untuk merakamkan beberapa gambar sebagai kenang-kenangan.

Bergambar kenangan bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM 2011, Tn. Hj. Rosdi bin Abdul Rahman dan bakal Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM yang akan datang, Dr. Abdul Rashid bin Mohamad.

Bergambar kenangan bersama wakil dari KLKM laut UiTM
................................................................................................

Di kesempatan ini, kami seluruh ahli KLKM UTHM mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dr.Hj Mustaffa bin Hj. Ibrahim sebagai Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM merangkap Pengarah Pejabat Antarabangsa. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kerana diberi peluang berkongsi pengalaman  penubuhan Krew KLKM UTHM sehingga kini. Semoga kesinambungan yang bersemangat Krew KLKM UTHM ini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang. Diharapkan semua Krew KLKM UTHM mencapai kejayaan dalam pelajaran disamping berpengakap. Semoga semangat rovers terus membara di UTHM untuk mencapai kecemerlangan berdasarkan persetiaan dan undang-undang pengakap serta bermotokan "Kelana Siswa pemangkin mahasiswa mahasiswi cemerlang".

''Be Prepared... the meaning of the motto is that a scout must prepare himself by previous thinking out and practicing how to act on any accident or emergency so that he is never taken by surprise.''
Sir Robert Baden-Powell
~SAYONARA~
..Semoga kita berjumpa lagi..

This entry was posted on Sunday 22 May 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply