Lencana XPDC 18km - Sg. Balang, Muar

Program : Kem Lencana Ekspedisi 18km
Tarikh : 16-17 Mei 2011
Tempat : Sg. Balang, Muar
Peserta Terlibat : 23 orang ahli KLKM UTHM


Pada 16-17 Mei yang lalu, seramai 23 orang ahli KLKM UTHM telah menjalani Program Kem Lencana Ekspedisi sejauh 18km untuk mendapatkan lencana Ekspedisi Kelana. Program ini turut dipantau oleh En. Abd Hadi dan En. Hanafi sebagai Pen. Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM.

Tepat jam 10 pagi semua peserta telah berkumpul di rumah En. Hanafi sebagai titik pemulaan. Peserta telah dibahagikan kepada 5 buah kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang ahli. Setelah mendapat tugasan yang pertama, para peserta mula bergerak meninggalkan rumah En. Hanafi. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, peserta telah diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah mendapatkan tapak binatang, mendapatkan sampel daun tumbuhan yang boleh digunakan sebagai ubatan dan mengira bilangan lembu di kandang.

Setibanya di tapak perkhemahan kira-kira jam 8 malam, setiap kumpulan mendapat tugasan untuk membina tempat berteduh, membuat bara api dan memasak. Setelah selesai makan malam, semua peserta mengambil kesempatan untuk berehat setelah seharian menjalankan ekspedisi.


Krew Cengal                           Krew Kelapa Sawit
1.Ab. Hakim B. Jaafar             1.Mohd Harith B. Mat Hussin

2.Ezuan B. Suhaili                    2.Ahmad Sabran B. Aziz
3.Sharul Azhar B. Adnan         3.Nurul Idayu Bt. Abd Aziz
                                                   4.Siti Mustakimah Bt. Arshad

                                                   5.Nor Hafiza Bt. Sutris

Krew Keladi Bunting
1.Mohd Shukur B. Nawawi
2.Muhammad Syarafuddin B. Shariff
3.Akmal Shafiq B. Mohd Bahkri
4.Siti Liyana Aqila Bt. A.Aziz
5.Nuratiqah Bt. Ahmad
 
Krew Aloe Vera                              Krew Ulam Raja
1.Muhammad Haziq Haron             1.Arif Afendi B. Abdullah
2.Mohd Muzzamil Mohd Fauzi        2.Mohammad Fadhil B. Uyub
3.Noor Hafiza Nordin                       3.Mohd Amran B. Arshad
4.Noor Farhanim Shukry                 4.Nurul Jannah Bt. Muhammad
5.Farhana Ilyani Ismail                     5.Nurul 'Ain Bt. Nasir


Berikut merupakan beberapa gambar aktiviti/tugasan yang para peserta jalankan sepanjang perjalanan;

Atas : Ahli Kumpulan Keladi Bunting

Atas : Ahli Kumpulan Ulam Raja

Atas : Antara tugasan-tugasan yang dijalankan, memasak telur dalam lumpur[tanah liat],
memasak telur dalam bawang, memasak roti lilit dan memasak nasi berlaukkan sardin.

Atas : Bergambar kenangan di rumah En. Mohd. Azreen bin Hj. Abd. Hamid
selaku tuan rumah.

Atas : Tugasan mengira ekor lembu yang terdapat dalam kandang.

Atas : Rumah tercantik di mata hati kami,^^,

Atas : Tugasan mendapatkan maklumat aktiviti pertanian yang dijalankan
 oleh Pejabat Pertanian Sg. Sudah, Muar.

Atas : Tugasan membuat khidmat masyarakat di surau.

Atas : Ketika dalam perjalanan menuju ke check-point seterusnya.
(dalam keadaan hujan renyai-renyai)


Atas : Tugasan membuat unggun api setelah tiba di tapak perkhemahan.


Atas : Aktiviti membakar ikan dan ayam yang telah diperap.

Atas : Acara makan beramai-ramai!
Bismillahirrahmanirrahim.
jemput makan semua!=)


Atas : Aksi peserta tidur di bawah 'bivouc' yang telah didirikan
oleh ahli kumpulan masing-masing.

Atas : Tugasan mendapatkan tapak kaki binatang.
Tapak kaki kucing pun jadi tau!hehe=)

Atas : Peserta sedang membersihkan kawasan tapak perkhemahan
sebelum berangkat pulang.

Atas : Peserta bergambar kenangan bersama tuan tanah/pemilik tapak perkhemahan.

Atas : Ragam peserta kepenatan setelah berjaya menamatkan ekspedisi.

Atas : Pen. Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat Zon Semerah merangkap Penolong Jurulatih Kebangsaan, Tn. Abu Khan bin Hj. Misran, bersama wakil penduduk, En. Mohd. Azreen bin Hj. Abd. Hamid.

Sebelum semua peserta dibenarkan pulang, En. Hadi&En. Hanafi ada menyediakan sedikit jamuan makan buat kami semua untuk menjamu selera. Terima Kasih daun keladi encik! Lain hari jamu kami lagi..=)
.............................................................
Perhargaan;
Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kami ucapkan terima kasih tidak terhingga.
Semoga ikatan persaudaraan antara pengakap yang terjalin tidak terhenti sampai di sini sahaja.
.............................................................


“The spirit is there in every boy; it has to be discovered and brought to light.”
-Sir Robert Baden Powell~

This entry was posted on Wednesday 18 May 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply