M.A.P 2010 - Malam Retro

Acara : Malam Anugerah Pelajar 2010
Tarikh/Hari : 15 April 2011/Jumaat
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Anjuran : Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Perasmi : Yg. Bhg. Tan Sri Dato'Ir. Jamilus Md Hussin,
Pengerusi Lembaga pengarah Universiti


-Hakim @ Akem
-Harith @Arih
-Ezuan @Atok
-Aqmal @Amal
-Sabran @ Sab/Ahmad
-Syaraf @ Din
-Haziq @ Raja
-Atiqah @Aki Chan
-Aqila @Murano
....................................................................................

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Salam Pengakap!=)

Apa khabar semua? Admin harap anda semua sihat belaka lah yer. Haa, firstly admin nak minta maaf sebab dah lama tak kemaskinikan blog yang dah bersawang-sawang ni. Almaklum, orang sibuklah katakan. hee baiklah, tak nak buang masa membebel-bebel mari kita teruskan cerita.


Kisahnya, malam Jumaat yang lalu pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan satu majlis Malam Anugerah Pelajar 2010. Majlis ini diadakan bagi memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada seluruh pelajar/persatuan/kelab yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum sepanjang tahun 2010. Penganjuran majlis ini juga diadakan bagi memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar/persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan/kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli.


Sebanyak 12 kategori anugerah yang telah disampaikan pada malam tersebut antaranya ialah:

1. Anugerah Program Terbaik

2. Anugerah Persatuan/Kelab Terbaik

3. Anugerah Olahragawan

4. Anugerah Olahragawati

5. Anugerah Pasukan Sukan Terbaik

6. Anugerah Kepimpinan Terbaik

7. Anugerah Seni Budaya

8. Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik

9. Anugerah Kolej Kediaman Terbaik

10. Anugerah Khas HEP

11. Anugerah Mahasiswa Gemilang (Siswa/Siswi)

12. Anugerah Khas TNC (HEPA)


Dengan adanya penganjuran majlis seumpama ini akan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membina jati diri dan ketrampilan diri sekaligus membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
....................................................................................

Berikut, merupakan foto-foto yang sempat admin kongsikan untuk tatapan semua. Semoga terhibur!!XD

Watak Utama : Pak Belalang & Mak Belalang=P

manalah makanan ni. orang dah lapar~~

yeahh! makanan dah sampai.. sedap tau...


Jemput makan semua!! Bismillah....

with da Big Boss!!XD


UTHM ROVERS rawkk!!

Di Olah Oleh;
Siti Liyana Aqila Binti A.Aziz
Pen. Divisyen ICT KLKM UHTM

This entry was posted on Monday 18 April 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply