Naib Canselor UTHM Terima Pingat Perkhidmatan Gemilang Dari Persekutuan Pengakap Malaysia


Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang juga  Ahli Majlis Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia telah terpilih untuk menerima anugerah Pingat Perkhidmatan Gemilang oleh Persekutuan Pengakap Malaysia sempena sambutan Hari Pengakap Malaysia. Istiadat penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mac 2011 di Istana Melawati, Putrajaya.


Anugerah tersebut diberikan sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang beliau terhadap perkembangan dan kemajuan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di UTHM di samping menyokong penuh segala aktiviti sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
 
Ianya terbukti di mana Dato' Naib Canselor menyokong penuh salah seorang mahasiswa UTHM dari Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Mohd. Hafiz Ariffin yang terpilih menjadi Perwakilan Belia Pengakap Asia Pasifik 2009-2012.

Seluruh warga UTHM berasa bangga dengan penganugerahan ini. Syabas YBhg. Dato'!

                                                  *Artikel ini diambil daripada blog rasmi UTHM*

This entry was posted on Wednesday 16 March 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Naib Canselor UTHM Terima Pingat Perkhidmatan Gemilang Dari Persekutuan Pengakap Malaysia”

  1. Salam...
    apa khabar KLKM di SANA?
    Sy KLKM dr UNISZA, adakah UTHM ada antr wakil utk ke Palembang,Indonesia bg Jambori antarabangsa?
    Sy cuma nk cadangkan mcm ne klau kita wat 1 perkhemahan yg menggabung KLKM UTHM dgn KLKM dr UNISZA, mcm ne ?

    Apa2 nt call ye...
    0145483294
    @ 0165021392

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Kami KLKM UTHM di sini baik2 sahaja.
    Maaf atas kelewatan membalas komen dari tuan.

    Terima kasih atas cadangannya.
    insyaAllah kami akan hubungi tuan kemudian.

    ReplyDelete