Penerimaan Anugerah Baden Powell/Baden Powell Award 2014

No Comments »


...Assalamualaikum...
...Salam Pengakap!!...

Ucapan TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Anugerah Baden Powell yang telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. KLKM UTHM telah menghantar seramai 19 orang penyertaan untuk diuji dan dinilai bagi kelayakan menyandang Anugerah Baden Powell ini. 

Alhamdulilllah, kesemua ahli KLKM UTHM telah berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat penganugerahan ini. 

Ucapan setinggi-tingi terima kasih harus diberikan kepada para pemimpin KLKM UTHM yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan yang padu kepada kami. Pujian juga turut diberikan kepada para pemimpin kami kerana mereka tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa sabar mengajar kami dalam apa jua situasi. 

TERIMA KASIH, tuan-tuan. Jasa kalian akan kami kenang.

Buat rakan-rakan seperjuangan, TAHNIAH di atas kejayaan kita bersama. Semoga penganugerahan ini dapat menaikkan lagi semangat dalam kepengakapan.

"Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap"
With Forever Love - KLKMUTHM

Di sini disediakan berapa bingkisan gambar untuk tatapan semua sepanjang program berlangsung.

Pendaftaran ahli KLKM UTHM di meja urusetia.
Calon-calon diuji oleh penguji BPA.


Sesi lawatan ke rumah warga emas.
Para penerima anugerah dari KLKM UTHM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Baden Powell.

Berakhirnya Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 UTHM

No Comments »

... Assalamualaikum ...
... Salam Pengakap ...

Tahniah dan syabas kepada alumni KLKM UTHM yang telah selamat bergraduasi pada 
Majlis Konvokesyen kali ke-14 lalu dan tamat pengajian dalam bidang :

1. Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Pengangkutan Rel
2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Kami warga KLKM UTHM amat berbangga dengan pencapaian anda semua.
Semoga penghargaan yang diberikan ini dapat menjadikan anda insan yang berguna 
kepada bangsa, agama dan negara.

Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua di masa hadapan. 
Teruskan berkhidmat di mana sahaja anda berada.

Tahniah buat semua. Selamat Maju Jaya.
Semoga berjaya dalam kerjaya dan pengajian masing-masing. 
"PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI"