Archive for January 2011

PERKHEMAHAN PERLANTIKAN KELANASISWA UTHM DAN UJIAN KEAHLIAN

No Comments »

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Sebaik sahaja lafaz persetiaan ini dibaca oleh semua ahli kelanasiswa UTHM
 selepas melalui beberapa ujian, maka secara tidak langsung,
semua peserta yg mengikuti perkhemahan ini dilantik sebagai seorang pengakap kelana
yang memenuhi semua kriteria yang perlu ada pada seorang pengakap kelana.
Dengan itu, bermulalah pergerakan pengakap kelanasiswa di UTHM untutk terus maju 
dalam arena pengakap dalam masa yang akan datang.

Pelbagai ilmu yang diajar oleh pemimpin,
dan semangat satu pasukan itu seharusnya tidak akan luput untuk selama-lamanya...
ingatlah kata-kata terakhir pengasas pengakap iaitu
Robert Stephenson Smith Baden Powell

“TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM  KERJA-KERJAMU”


Tarikh 23/01/2011 amat bermakna buat semua ahli kelana KLKM UTHM kerana seramai 23 orang ahli kelana telah berjaya dalam ujian keahlian dan perlantikan sebagai seorang kelana.




















Melihat senyuman yang terukir selapas majlis perlantikan menunjukkan kepuasan dalam diri...
bertapa indahnya ikatan yang telah dipupuk bersama...
dan ikatan itu tidak akan putus untuk selama-lamanya...
kerana sekali PENGAKAP selamanya PENGAKAP...